Tuesday, July 8, 2008

HAPPY BIRTHDAY IZZAH


Happy Birthday Adik Izzah Zahirah.. wah dah 1 tahun umurnya... Semoga murah rezeki dan dilimpahi rahmat


wah!! meriahnya.....



Lepak at Cherating

wah bestnya kami sekeluarga dapat meluangkan masa bersama-sama pergi ke Arah timur Semenanjung Malaysia. Ingatkan nak ajak U'un sekali tapi rupanya tak de rezeki tia nak follow kami. so tinggal la dia di campusnya. hahahahha... jangan marah yek un. next time kita p la yek...

On d' way diaorang ni mcm dah boring. May be penat kot. Tapi nenek diaorang layan baik punya, atuk lak sporting tu yg diaorang happy giler...

Pepagi dah lepak kat tepi pantai, macam tak percaya jer.

Sempat berposing dulu before main air. Mula-mula macam malu-2 dgn air tu.... Ammar sempat berfikir cam ne nak main air ni.... Amir lak try tarik telinga dia mcm kene denda la pulak... May be nak meyakinkan diri sendiri kot yg dia berada di pantai waktu itu.

Jeng... jeng... jeng... Adik izzah dah mula dah turun dalam air. Syoknya la
dia...

Monday, June 9, 2008

Lawatan Sambil Belajar Ke Bandung Indonesia













Terima Kasih Cik Hani Masra kerana sudi membawa kami semua ke sana. Lawatan ini akan memberi seribu erti kepada kami. Diharap pada masa akan datang akan ada lagi lawatan seumpama ini diadakan. Insya Allah.

"Hujan Emas di Negeri Orang , Hujan Batu di Negeri sendiri, Selesa lagi tempat sendiri."

Kawan-kawan gurau senda dan hilai tawa kalian masih terdengar-dengar lagi di telinga ini. Syoknya Bershopping..... Sakan betul yek.

Thursday, April 24, 2008

Happy Birthday Amir



Pada 13 April 2008 (Ahad) merupakan tarikh bersejarah buat anakku yang bernama Muhammad Amir Hadi B. Borham. Pada hari tersebut merupakan tarikh lahir amir yang ke 4 tahun. Emmm... dah beso rupanya anak mama ni.

SEMOGA AMIR MURAH REZEKI DAN PANJANG UMUR. AMIN!!!

Belajar rajin-rajin yek. Semoga jadi orang yang berjaya dalam hidup di Dunia hingga Akhirat. Jangan lupa Allah SWT. AMIN.

Mama sayang Amir!

Majlis Turun Tanah Adik Izzah Zahirah



Ini adalah satu upacara majlis turun tanah. Semua anak-anak Suhana akan merasai pengalaman ini. Kononnya anak-anak kecik tidak boleh memijat tanah selagi tidak melalui upacara ini. Upacara ini adalah upacara adat yang masih diamalkan oleh emak Suhana yang berasal dari keturunan Jawa. Emm... mesti korang pelik kan? Kenapa zaman moden begini pun masih ada lagi adat serupa ini. Ntah Suhana pun tak tau, itu jer la apa yang diminta. Mungkin ada kebenranya. Hehehe.... kadang-kadang kita perlu juga akur dengan kehendak semasa.

5 April 2008, Dataran Merdeka Kuala Lumpur


Hah! Ini dia orang-orang yang amat Suhana sayangi. Pagi-pagi lagi dah kalut bersiap nak hantar mama pergi exam. Bersemangat rasanya nak jawab soalan-soalan yang bakal dihadapi nanti. Semoga ada rezeki untuk kali ini. Insya Allah.

Balqis Wahidah



Ini anak suhana yang sulong. Cun kan? Dia ni sangat rajin orangnya, ulat buku pulak tu. Tapi sayangnya dia sensitif. Kadang-kadang tak pasal-pasal merajuk. Yang paling best dia ni seorang yang penyayang, maklum la anak cucu sulong dari anak sulong.
Kadanf-kadang dia ni angin gak, sebab kalau adik-adik dia kacau abih di jeritnya. Hehehhehehehehe.... cam maknya gak.
Harapan mama agar kakak belajar bersungguh-sungguh dan menjadi seorang yang taat kepada Allah SWT. Semoga hidupmu dilindungi Allah dan diberkati oleh Nya di Dunia hingga akhirat dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi. AMIN