Thursday, April 24, 2008

Happy Birthday Amir



Pada 13 April 2008 (Ahad) merupakan tarikh bersejarah buat anakku yang bernama Muhammad Amir Hadi B. Borham. Pada hari tersebut merupakan tarikh lahir amir yang ke 4 tahun. Emmm... dah beso rupanya anak mama ni.

SEMOGA AMIR MURAH REZEKI DAN PANJANG UMUR. AMIN!!!

Belajar rajin-rajin yek. Semoga jadi orang yang berjaya dalam hidup di Dunia hingga Akhirat. Jangan lupa Allah SWT. AMIN.

Mama sayang Amir!

Majlis Turun Tanah Adik Izzah Zahirah



Ini adalah satu upacara majlis turun tanah. Semua anak-anak Suhana akan merasai pengalaman ini. Kononnya anak-anak kecik tidak boleh memijat tanah selagi tidak melalui upacara ini. Upacara ini adalah upacara adat yang masih diamalkan oleh emak Suhana yang berasal dari keturunan Jawa. Emm... mesti korang pelik kan? Kenapa zaman moden begini pun masih ada lagi adat serupa ini. Ntah Suhana pun tak tau, itu jer la apa yang diminta. Mungkin ada kebenranya. Hehehe.... kadang-kadang kita perlu juga akur dengan kehendak semasa.

5 April 2008, Dataran Merdeka Kuala Lumpur


Hah! Ini dia orang-orang yang amat Suhana sayangi. Pagi-pagi lagi dah kalut bersiap nak hantar mama pergi exam. Bersemangat rasanya nak jawab soalan-soalan yang bakal dihadapi nanti. Semoga ada rezeki untuk kali ini. Insya Allah.

Balqis Wahidah



Ini anak suhana yang sulong. Cun kan? Dia ni sangat rajin orangnya, ulat buku pulak tu. Tapi sayangnya dia sensitif. Kadang-kadang tak pasal-pasal merajuk. Yang paling best dia ni seorang yang penyayang, maklum la anak cucu sulong dari anak sulong.
Kadanf-kadang dia ni angin gak, sebab kalau adik-adik dia kacau abih di jeritnya. Hehehhehehehehe.... cam maknya gak.
Harapan mama agar kakak belajar bersungguh-sungguh dan menjadi seorang yang taat kepada Allah SWT. Semoga hidupmu dilindungi Allah dan diberkati oleh Nya di Dunia hingga akhirat dan berjaya dalam semua bidang yang diceburi. AMIN

Thursday, January 17, 2008



ala... ala... busuknya dia.....


alaihai comel-comelnya...